Sesi Lawatan dan Perbincangan FAIX bersama C-DAC, India
Jumaat | 14 Mac 2025
FAIX telah menerima kunjungan Dr Sudarsan dan Dr Misbahuddin daripada C-DAC, India.
Sesi lawatan ke makmal dijalankan pada sebelah pagi manakala sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Zulkifilie Bin Ibrahim, TNCAA telah dijalankan pada sebelah petang.
Lawatan dan perbincangan antara kedua-dua pihak bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dalam penyelidikan, inovasi, dan pembangunan teknologi, serta meneroka peluang-peluang baru dalam bidang tersebut.
Potensi terjalinnya MoU akan memperkukuh kerjasama dalam penyelidikan dan inovasi, dengan fokus kepada pemindahan teknologi yang lebih efektif dan pengembangan penyelesaian teknologi yang lebih maju untuk kedua-dua pihak.