Sesi Lawatan dan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTeM dan PACE Institute of Technology and Sciences, India
Isnin | 5 Mei 2025
FAIX, UTeM telah menerima kunjungan hormat daripada PACE yang diketuai oleh Dr. Sridhar Maddisetty, Secretary & Correspondent, serta Dr. G.V.K. Murthy, Principal.
Delegasi telah dibawa melawat ke makmal CyScc (Cyber Security) dijalankan pada sebelah pagi bagi meninjau kemudahan dan kepakaran penyelidikan yang ditawarkan oleh UTeM.
Manakala sesi menandatangi MoU berlangsung pada sebelah petang yang disempurnakan oleh Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.
Diharap MoU ini akan menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat dan berimpak tinggi antara kedua-dua institusi, selaras dengan aspirasi UTeM untuk terus unggul sebagai institusi pendidikan tinggi teknikal yang progresif, inklusif dan bertaraf global.



