Program Master of Technology in Data Science and Analytics (MAXL) @ UTeM
Sabtu | 22 Mac 2025
Alhamdulillah, pencapaian bermakna buat kami di UTeM dan Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX) apabila secara rasmi menyambut kohort pertama pelajar Master of Technology in Data Science and Analytics (MAXL).
Selamat datang dan tahniah kepada Theviya Darshini Ponniah dan Mohd Azrin Bin Ibrahim kerana menjadi perintis dalam program MAXL, yang ditawarkan secara Open and Distance Learning (ODL). Terima kasih tidak terhingga kepada pasukan akademik dari Jabatan Pengkomputeran Pintar dan Analitik (ICA), FTMK UTeM serta Institute of Technology Management And Entrepreneurship - IPTK UTeM. Saya amat berbesar hati kerana dapat melaksanakan pembangunan program ini bersama pasukan hebat dan komited dari tiada pengetahuan berkenaan ODL hingga ditawarkan program.
Pagi tadi, kami turut mengadakan sesi taklimat kepada pelajar-pelajar kami. Taklimat FAIX telah disampaikan oleh Assoc. Prof. Ts. Dr. Muhammad Hafidz Fazli bin Md Fauadi, Dekan FAIX, diikuti dengan pengenalan MAXL oleh Assoc. Prof. Dr. Zuraida Abal AbasTimbalan Dekan Pascasiswazah dan Penyelidikan, serta Dr. Halizah Basiron, Ketua Program. Turut memberikan taklimat adalah Assoc. Prof. IR. Ts. Dr. Jeefferie bin Abd Razak, Timbalan Dekan Sps UTeM.
Program ini bukan sekadar program akdemik tetapi satu usaha kami di FAIX untuk melahirkan lebih ramai pemimpin dalam sains data dan analitik di negara kita.
Selamat datang ke MAXL dan selamat datang ke Fakulti Kecerdasan Buatan Dan Keselamatan Siber (FAIX), UTeM


