Program Kembara Kesedaran Pendidikan Anak Desa Madani (KeDESA)
17 Jun 2025
Skuad Promo UTeM telah berada Program Kembara Kesedaran Pendidikan Anak Desa MADANI (KeDESA) di Dewan SuArmada Utama, Politeknik, Bagan Datuk, Perak menyampaikan perkongsian maklumat berkaitan laluan kerjaya dan peluang menyambung pengajian di UTeM.
Program ini adalah merupakan program anjuran Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia (GPBM. Kembara Kesedaran Pendidikan Anak Desa Madani (KeDESA) DIDIK MADANI
Tahun 2025 dan akan dimulakan di Negeri Perak. Program ini memfokuskan kepada 4M iaitu Mencari Pelajar, Mengenal Pelajar, Memberi Kesedaran dan Membantu Pelajar lepasan SPM dan STPM yang tercicir dari seluruh negara untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu juga, program ini mensasarkan untuk memberi kesedaran kepada pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 supaya mereka dapat memilih bidang yang bersesuaian dengan minat dan pasaran kerja masa kini. GPBM juga mensasarkan 10,000 orang pelajar yang kurang berkemampuan terutama di luar bandar, pendalaman dan miskin bandar yang akan dibimbing untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Program dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Taklimat telah disampaikan Ts. Dr. Abdul Syukor Bin Mohamad Jaya, Pensyarah Kanan Dari Fakulti Kecerdasan Buatan Dan Keselamatan Siber

