Skip to main content

FAIX

Faculty of Artificial Intelligence and Cyber Security

Mesyuarat Pelarasan Sambutan Hari TVET Negara 2025 bersama Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Selasa | 10 Jun 2025


Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM telah diberikan penghormatan untuk melaksanakan Peluncuran Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX) semasa Majlis Perasmian Hari TVET Negara, yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 12 Jun 2025.

Penubuhan FAIX ini merupakan sebahagian daripada agenda strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam menyokong aspirasi TVET negara. FAIX juga merupakan manifestasi komitmen KPT terhadap kerangka Kecerdasan Buatan Negara yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, sekaligus memperlihatkan kesiapsiagaan KPT dalam menyahut cabaran era teknologi masa kini.

Semoga Urusan Pelancuran Fakulti Kecerdasan Buatan Dan Keselamatan Siber dipermudahkan