Tahniah Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM
Satu memorandum persefahaman telah dimeterai antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Guangxi Minzu University, China pada 15 April 2025.
Prof. Dr. Wei Shizhen, mewakili Guangxi Minzu University dan Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin mewakili Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Kedua-dua universiti bersetuju menubuhkan Makmal AI Bersama melibatkan:
- Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber, UTeM.
- School of Artificial Intelligence, GXMZU.
- School of Information Engineering, GXMZU.
Selain itu, kerjasama juga ditumpukan dalam bidang keselamatan siber, bioteknologi, maklumat elektronik, logistik rantaian bekalan, persekitaran marin.


