Skip to main content

FAIX

Faculty of Artificial Intelligence and Cyber Security

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara NACSA dan UTeM di CYDES 2025

Jumaat | 14 Mac 2025


Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM melalui Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIx) hari ini telah memeterai Memorandum Persefahaman bersama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dalam satu majlis yang berlangsung di CYDES 2025.

Kerjasama strategik ini bertujuan untuk:

  • Melahirkan generasi celik siber melalui pendidikan berteraskan TVET
  • Memperkasa pembangunan kapasiti dan pensijilan profesional dalam keselamatan siber
  • Menggiatkan penyelidikan bersama dalam bidang keselamatan siber
  • Meningkatkan pemindahan teknologi dan perkongsian pengetahuan
  • Mengukuhkan jaringan kepakaran antara industri dan academia

Majlis bersejarah ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan disempurnakan dengan kehadiran Yang Berbahagia Naib Canselor UTeM, Dekan FAIx, serta barisan pengurusan dan staf akademik fakulti. UTeM yakin bahawa kerjasama sebegini akan membuka ruang lebih luas dalam memperkukuh ekosistem keselamatan siber negara, sekaligus melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing, dan bersedia menghadapi cabaran era digital.