Majlis Menandatangani Letter of Intent (LoI)
[Perkongsian Kejayaan FAIX UTeM]
Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Letter of Intent (LoI) antara:
Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX), UTeM
diwakili oleh Associate Professor Ts. Dr. Muhammad Hafidz Fazli Bin Md Fauadi, Dekan FAIX
dan
Faculty of Computing & Artificial Intelligence, Air University, Pakistan
diwakili oleh Dr. Ammar Masood, Dekan dan Pengarah National Centre of Cyber Security, Air University
LoI ini menjadi pemangkin strategik dalam usaha memperkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan merentas sempadan, meliputi:
-Pertukaran pelajar, pensyarah, dan penyelidik
-Pelaksanaan penyelidikan bersama serta penerbitan berimpak tinggi
-Pemindahan ilmu dan teknologi terkini
-Pengukuhan mobiliti akademik antarabangsa
"Bersama memacu kecemerlangan AI dan keselamatan siber untuk membina dunia yang lebih pintar, selamat, dan berdaya tahan."

Talk 4
