Lawatan Kerjasama Strategik CIMA ke Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX), Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM
26 Jun 2025
FAIX menerima kunjungan strategik daripada pihak CIMA (Cement Industries of Malaysia Berhad) bagi membincangkan peluang kerjasama di bawah inisiatif TVET Berimpak Tinggi sebagai usaha bersama untuk memperkasa pembangunan modal insan negara melalui perlaksanaan program latihan yang relevan, bersesuaian dengan keperluan industri semasa melalui teknologi, data dan keselamatan siber.
Turut dibincangkan adalah berkaitan penyelesaian masalah industri, khususnya dalam predictive maintenance, peluang mendapatkan pensijilan profesional, Maklumat berhubung geran padanan dan Penempatan bagi pelajar latihan industri.



