Skip to main content

FAIX

Faculty of Artificial Intelligence and Cyber Security

Sesi Lawatan dan Perbincangan FAIX bersama C-DAC, India

Isnin | 5 Mei 2025


Lawatan kerja ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman secara langsung berkaitan strategi serta pelaksanaan infrastruktur Kecerdasan Buatan (AI) berskala besar, khususnya melibatkan penggunaan sistem berprestasi tinggi seperti NVIDIA DGX di Data Intensive Computing Centre (DICC), Universiti Malaya.

Sebagai hasil daripada lawatan ini, dicadangkan agar satu dokumen Pelan Strategi Infrastruktur AI FAIX-UTeM bagi tempoh tiga hingga lima tahun dibangunkan. Pelan ini berpotensi untuk merangkumi keperluan dari segi perkakasan, perisian, sumber manusia, serta anggaran peruntukan kewangan. Turut dicadangkan agar pelan ini mengandungi cadangan pelaksanaan secara berfasa, dengan penekanan terhadap penggunaan sistem pengkomputeran berprestasi tinggi seperti NVIDIA DGX.

Hasil lain yang diharapkan termasuklah:

  • Terjalinnya hubungan strategik antara UTeM dan UM dalam bidang pembangunan AI;
  • Peluang kerjasama penyelidikan dan perkongsian kepakaran;
  • Penyediaan senarai tindakan susulan seperti program latihan, lawatan teknikal lanjutan, dan penyediaan kertas kerja untuk permohonan dana pembangunan infrastruktur AI di FAIX.