Skip to main content

FAIX

Faculty of Artificial Intelligence and Cyber Security

Kunjungan Hormat daripada Delegasi German-Malaysian Institute (GMI)

17 April 2025


Pada 17 April 2025, Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi German-Malaysian Institute (GMI). Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama strategik ke arah pelaksanaan program pengajian peringkat ijazah antara kedua-dua institusi.

Sebagai makluman, hubungan kerjasama antara GMI dan UTeM telah terjalin sejak 7 Februari 2023, merangkumi bidang pengkomputeran, penerbitan dan penulisan akademik, serta latihan berkaitan Capture The Flag (CTF).

Melalui sesi ini, kedua-dua pihak berkesempatan untuk menilai potensi perluasan kerjasama sedia ada ke arah yang lebih holistik. Diharapkan usaha ini akan melahirkan inisiatif bersama yang berdaya tahan serta menyumbang kepada kecemerlangan akademik, pembangunan profesional, dan pengukuhan reputasi institusi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Perbincangan tersebut dipimpin oleh:
Dr. Siti Azirah Binti Asmai, Timbalan Dekan Akademik, (FAIX) dan Ts. Fahrul Rizal bin A. Halim, Penolong Pengarah Urusan Akademik & Operasi, (GMI).