Skip to main content

FAIX

Faculty of Artificial Intelligence and Cyber Security

Keratan Akhbar - Sesi Lawatan dan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTeM dan PACE Institute of Technology and Sciences, India

13 Mei 2025


Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM dan PACE Institute of Technology and Sciences, India yang berlangsung baru-baru ini telah mendapat sorotan meluas di dada media India.

Kejayaan ini sekali gus mencerminkan pengiktirafan terhadap usaha berterusan UTeM dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan dan keselamatan siber.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin, Dekan FAIX, Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Hafidz Fazli serta seluruh warga FAIX yang telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan sesi lawatan dan pemeteraian MoU ini.

Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama strategik bertaraf global pada masa akan datang.